video-montage-ros-mp4_000074544

Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan merupakan projek sulung JPPM bagi menggerakkan pelan transformasi jabatan. Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan  adalah satu set nilai dan prinsip yang akan membentuk sikap dan minda bagi dijadikan panduan untuk menjalankan tanggunjawab pemegang jawatan utama pertubuhan.

Ianya tidak berkaitan dengan peraturan sebaliknya pertubuhan yang mempunyai tadbir urus yang baik boleh meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap pertubuhannya. Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan juga boleh digunakan sebagai piawai untuk mengukur prestasi pemegang jawatan pertubuhan. Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan yang telah dibangunkan oleh JPPM adalah berdasarkan penandaarasan dengan beberapa buah negara yang telah mula menggunakan pendekatan ini dalam penilaian dan pemantauan pertubuhan masyarakat sivil.

JPPM berharap dengan pelancaran konsep kod ini akan menarik perhatian pertubuhan masyarakat sivil untuk berganding bahu dengan Jabatan bagi memperbaiki lagi kod tersebut.  Portal yang dibangunkan diharap akan dimanfaatkan oleh pertubuhan sebagai oleh panduan pengurusan serta tool untuk menilai prestasi pertubuhan.  Penilaian akan dibuatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti JPPM sendiri, kumpulan sasar atau penerima manfaat pertubuhan tersebut, penyumbang, agensi-agensi yang terlibat dengan urusan pertubuhan serta orang awam. Hasil penilaian tersebut akan digunakan untuk menaraf bintangkan pertubuhan-pertubuhan berdaftar.

JPPM mensasarkan untuk menyebarluaskan kod ini kepada sekurang-kurangnya 30% daripada pertubuhan berdaftar yang aktif atau 16,000 pertubuhan mulai Januari sehingga ke Ogos 2016. Dalam tempoh tersebut rundingan akan diadakan dengan pelbagai kategori pertubuhan bagi mengkaji kesesuaian kod tersebut. JPPM berhasrat untuk melancarkan Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan yang lengkap pada Hari Pertubuhan 8 Oktober 2016.

Kod Tadbir Urus