1. Memastikan ahli jawatankuasa, penasihat dan pekerja pertubuhan adalah mereka yang berkebolehan.
  1. Setiap pemegang jawatan dan pihak pengurusan pentadbiran pertubuhan perlu memahami peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan.
  1. Menghadkan tempoh memegang jawatan selama enam tahun sahaja. Pelantikan semula bagi jawatan tersebut boleh dipertimbangkan selepas selang satu penggal.Namun begitu tempoh maksimum memegang jawatan utama dihadkan kepada 12 tahun sahaja.
  1. Menyediakan kepimpinan pelapis bagi memastikan kelangsungan pertubuhan.
  1. Mempunyai tatacara yang jelas berkaitan pengendalian kesalahan disiplin.
  1. Memastikan tiada individu membuat kenyataan bagi pihak pertubuhan kecuali mendapat kebenaran dari jawatankuasa pertubuhan.
  1. Pekerja pertubuhan tidak boleh mengambil bahagian dalam membuat keputusan atau mengundi.
Memahami Peranan Masing-Masing