1. Ahli jawatankuasa hendaklah dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pengetahuan, kemahiran, berintegriti dan berkomitmen tinggi.
  1. Seseorang ahli yang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa akan berkhidmat secara sukarela kepada pertubuhan.
  1. Penyerahan tugas yang lengkap dan teratur disediakan secara bertulis selepas setiap pemilihan AJK.
  1. Memastikan keputusan kolektif tercapai dengan menghormati dan mengambil kira pandangan semua ahli.
  1. Memastikan perbincangan diadakan dan persetujuan antara ahli jawatankuasa tercapai sebelum memberi apa-apa pandangan rasmi terhadap isu-isu semasa.
Bertindak Dengan Cekap Secara Individu dan Berkumpulan