- Mengkaji dan meminda perlembagaan pertubuhan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
- Mempunyai satu SOP yang lengkap untuk kegunaan AJK, pekerja dan sukarelawan pertubuhan.
- Mewujudkan peraturan kecil pengendalian mesyuarat, penggunaan premis dan harta benda pertubuhan.
- Memastikan kehadiran ahli mesyuarat melebihi separuh daripada ahli berdaftar.
- Mengenalpasti dan menilai semula risiko-risiko utama berkaitan pertubuhan dan mempunyai kaedah untuk menguruskan risiko tersebut.
- Memastikan setiap pertubuhan mewujudkan Lembaga Bebas secara ad hoc yang tidak melibatkan AJK (semasa) bagi menguruskan dan menyelesaikan perselisihan dalaman secara berhemah.
- Menyediakan belanjawan dan memantau prestasi perbelanjaan agar selaras dengan perancangan tahunan pertubuhan.
- Memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak melebihi 30% daripada belanjawan tahunan (overhead cost).
- Mengoptimumkan penggunaan hasil pulangan daripada harta alih dan tak alih untuk mencapai objektif pertubuhan tanpa membuat simpanan berlebihan bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan oleh mana-mana pihak.
- Merekod dan menyimpan maklumat pemberi sumbangan dan penerima manfaat dana secara teratur bagi memudahkan rujukan dan menggalakkan ketelusan.
- Mendedahkan penyata kewangan secara sukarela kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder).
- Mengamalkan kawalan dalaman dan kewangan yang mantap antaranya melalui penyediaan prosedur penerimaan dan penggunaan dana.
- Melantik pentadbir harta dan pemegang amanah bagi melindungi aset dan kepentingan organisasi.
- Bagi pertubuhan yang mempunyai pendapatan melebihi RM 300 ribu, ia hendaklah diaudit oleh juruaudit bertauliah.
- Juruaudit hendaklah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana ahli jawatankuasa.
Mengamalkan Kawalan yang Berkesan