Select Page

KETUA PENGARAH
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

PUAN MASYATI BINTI ABANG IBRAHIM

PERUTUSAN KETUA PENGARAH JPPM

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Kemunculan megatrends terutamanya Revolusi Perindustrian Keempat yang bersifat disruptive telah mempengaruhi setiap ruang lingkup dan landskap kehidupan kita. Dunia kini sedang dalam proses transisi kepada dunia digital yang akan membawa bersama perubahan besar dalam kaedah penyampaian perkhidmatan. Selaras dengan itu, JPPM sebagai sebuah Jabatan yang memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi impak megatrends. Jabatan akan sentiasa menambah baik kaedah penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan teknologi terkini agar seiring dengan arus perubahan dunia.

Tujuan laman web ini dibangunkan adalah sebagai mekanisme penyampaian maklumat terkini bagi perkhidmatan yang disediakan oleh JPPM kepada seluruh masyarakat. Salah satu strategi untuk memperkenal dan mempromosikan JPPM adalah melalui laman web yang memaparkan pelbagai maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan panduan berhubung dengan organisasi, aktiviti, penerbitan jabatan serta perkhidmatan teras JPPM seperti prosedur penubuhan pertubuhan, pindaan terhadap undang-undang pertubuhan, borang-borang berkaitan, statistik pertubuhan dan kategori pertubuhan. Laman web ini sentiasa diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin maklumat yang diberikan adalah relevan dan terkini.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih berkesan demi kepentingan masyarakat dan negara.

Selamat melayari laman web rasmi JPPM.

PUAN MASYATI BINTI ABANG IBRAHIM
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

ms_MYBahasa Melayu
ms_MYBahasa Melayu
Skip to content